Rompak Dan Samun
APA ITU ROMPAK DAN SAMUN.
Rompak atau samun merupakan perbuatan jenayah yang bertujuan untuk mengambil harta orang lain secara ganas atau intimidasi, sama ada dilakukan secara berseorangan atau berkumpulan. Contohnya dua orang lelaki merompak sebuah kedai makan untuk mendapatkan wang serta mencederakan pekerja kedai makan tersebut.
Contoh-contoh kes rompak di Malaysia.
"Rompak bersenjata, dua rakan dipenjara dan disebat"
Berita ini menceritakan tentang dua rakan yang dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan tujuh sebatan akibat merompak minuman keras, wang tunai dan barang kemas menggunakan parang disebuah kedai arak dan hotel membabitkan kerugian bernilai RM40,745, Januari 2018. Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman dijalankan secara serentak bermula tarikh tangkap iaitu 2018 Januari.
Kes rompak dan samun ini bukan sahaja mendatangkan keburukan kepada pemunya harta, malah mendatangkan keburukan kepada orang yang merompaknya juga. Mengikut berita di atas, kedua-dua pesalah dijatuhkan hukuman penjara dan disebat. Oleh itu, kita hendaklah menjauhi sebarang aktiviti rompak dan samun serta berwaspada dengan keadaan sekeliling agar tidak menjadi mangsa rompak dan samun yang mampu membahaya serta mencederakan diri.
"Tidak sampai 24 jam, dua lelaki terlibat dalam samun berkumpulan di Iskandar Puteri ditahan"
Berita ini menceritakan tentang kes rompak yang berlaku di Johor Bahru dimana sekumpulan individu menyerang ahli perniagaan menggunakan parang dan melarikan wang tunai RM10,000 di hadapan Teega Tower, Iskandar Puteri. Suspek tersebut mengaku terlibat dengan cara melanggar kereta mangsa dan mencederakannya menggunakan parang.
Kes rompak dan samun juga berlaku tidak kira tempat mahupun masa. Ia boleh berlaku di kawasan rumah, kawasan riadah, mahupun kawasan perniagaan, di waktu siang mahupun malam. Kes rompak dan samun adalah antara salah satu kes yang terkenal di setiap negara bukan sahaja Malaysia. Terdapat banyak faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kes rompak dan samun antaranya terdesak untuk memerlukan wang dan lain-lain. Oleh itu, kita haruslah peka dengan keadaan sekeliling agar terhindar dari perbuatan rompak dan samun.
Berita ini menceritakan tentang 2 orang penjenayah dalam usia 20 hingga 40-an ditangkap kira-kira pada jam 4.00 pagi di sebuah rumah dan bengkel.Kejadian berlaku pada jam 1.45 pagi ketika pemilik kedai dan rakannya sedang berbual-bual di luar kedai lalu mereka didatangi oleh suspek dalam keadaan memakai topi keledar dan memakai kain separuh menutup muka lalu mengacukan pisau atau parang kepada mereka.manakala seorang lagi suspek menggunakan senjata menyerupai pistol.
Hasil daripada kejadian ini kita boleh lihat jenayah rompak dan samun ini seringkali berlaku pada lewat tengah malam kerana waktu tersebut sunyi dan tiada orang awam.Oleh itu setiap premis atau kedai-kedai mestilah mempunyai kamera litar tertutup atau CCTV di premis atau kedai masing-masing.
Kuala Lumpur, Seorang lelaki cedera ketika cuba mengejar seorang lelaki yang memecah cermin kereta sebelum melarikan barangan beg berisi barangan berharga miliknya di Damansara Perdana.
"Berita ini pula menceritakan tentang satu kes yang viral di tiktok yang berlaku kira-kira jam 3.40 petang itu telah dirakam oleh seorang yang secara kebetulan berada di tempat kejadian dan telah tular di laman web berikut.
Mangsa menceritakan suspek menendang cermin kereta sebelah penumpang sehingga pecah sebelum melarikan beg kerjanya yang mengandungi komputer riba dan barangan peribadi.Bagaimanapun mangsa terus mengejar kereta suspek sebelum berlaku pergelutan di antara suspek dan mangsa.
Oleh sebab itu,orang ramai haruslah peka dengan keadaan atau kejadian pelik yang berlaku di kalangan masyarakat.Orang ramai boleh juga merekodkan kejadian pelik yang berlaku untuk disebar dan juga boleh menjadi bantuan kepada pihak polis untuk memberkas suspek jenayah tersebut.
Berita semasa 11 Ogos 2022 , polis menahan seorang lelaki dipercayai meragut beg tangan seorang wanita di Taman Sentosa,Johor Bharu.
"Ketua Pois Daerah Johor Bharu Selatan,Asisten Komisioner Raub Selamat berkata hasil semakan rekod jenayah mendapati , suspek mempunyai 4 rekod jenayah lampau berkaitan samun dan pecah rumah serta 2 rekod jenayah berkaitan samun yang telah disenarai hitam.
Jenayah samun dan rompak ini seringkali dilakukan oleh penjenayah yang sama sama ada jenayah berat atau ringan.Ini kerana segelintir dari mereka mendapat cemuhan masyarakat seperti tidak menerima pekerja yang mempunyai rekod jenayah,dipinggir masyarakat.Oleh sebab itu,mereka terus melakukan jenayah yang sama berulang kali akibat dari tidak mendapat peluang pekerjaan akibat rekod jenayah.
Cara mengatasi kes rompak dan samun di Malaysia
-Pihak Kerajaan
Pihak kerajaan haruslah memperkuatkuasakan undang-undang berkaitan kes rompak dan samun di Malaysia agar kes ini dapat dibendung.
-Pihak Berkuasa
'Pihak berkuasa hendaklah menjalankan tugas seperti meningkatkan rondaan dan kawalan keselamatan serta menambah baik ciri-ciri keselamatan bandar.
-Pihak Sekolah
Pihak sekolah haruslah memberikan pendidikan awal kepada murid-murid agar kanak-kanak sentiasa peka dan berpengetahuan tentang kes rompak dan samun serta mengetahui akibatnya.
Sumber berita ; (https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/04/411586/rompak-bersenjata-dua-rakan-dipenjara-dan-sebat)
Sumber berita ; (https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tidak-sampai-24-jam-dua-lelaki-terlibat-dalam-samun-berkumpulan-di-iskandar-puteri-ditahan-411036)
Sumber berita ; (https://www.utusan.com.my/berita/2023/02/diberkas-polis-selepas-dua-jam-rompak-kedai-serbaneka/ )
Sumber berita ; (https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/05/952406/polis-kesan-suspek-kes-samun-viral-di-tiktok)
Sumber berita ; (https://www.sinarharian.com.my/article/215892/video/berita-semasa-video/peragut-tular-di-taman-sentosa-diberkas)
Comments
Post a Comment