Eksploitasi Manusia
Apa itu eksploitasi manusia?
Kita sering dengar kes berkenaan mengeksploitasi manusia dia negara Kita . Kes-kes ini selalu nya melibatkan rakyat malaysia dan warga asing yang menjadi hebahan dan kekecohan di negara Malaysia tapi apakah maksud eksploitasi manusia? Eksploitasi manusia bermaksud kegiatan yang dilakukan untuk mendapatkan manfaat secara berlebihan contohnya seorang individu yang membawa masuk warga asing ke negara malaysia dengan tidak sah atau secara haram untuk kepentingan diri.
Antara kes jenayah eksploitasi manusia di Malaysia
"Ibu kandung, bapa tiri didakwa eksploitasi seks anak perempuan OKU"Eksploitasi seks anak perempuan OKU juga termasuk didalam eksploitasi manusia dimana sepasang suami isteri yang mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan secara haram daripada aktiviti memperdangankan anak perempuan mereka dengan melakukan seks. Oleh itu, kita hendaklah berfikir dengan baik dan waras supaya menjauhi sikap-sikap keji ini kerana ia memburukkan serta menghancurkan maruah mangsa manakala individu yang memperdagangkan aktiviti tersebut mendapat manfaat dari segi wang ringgit secara haram.
Berita ini pula berkaitan seramai 5 wanita yang berusia linkungan 24 hingga 29 tahun telah diselamatkan oleh daripada sindiket.menurut sumber mereka dipaksa melayan pelanggan di pusat hiburan atau hotel termasuk melakukan aktiviti seks dengan bayaran tertentu.2 suspek yang juga warganegara Malaysia berusia 23 dan 25 ditahan bagi membantu siasatan .
Sebahagian sindiket juga mengeksploitasi warga asing bagi tujuan hamba seks dan sebagainya.kebiasan kes sebergini mereka di scam dengan pencarian kerja di luar negara dan dibawak keluar negara dengan cara haram atau permalsuan dokumen, mereka ditipu apabila sudah berada ni negara ini .Hal ini juga menguntungkan sindiket pemerdagangan manusia kerana bayaran mereka dapat agak tinggi daripda pembeli mereka di pasaran gelap. seharusnya kita membanteras kegiatan ini dan kerajaan perlu mencipta formula baru untuk membanteras aktiviti terkutuk ini supaya kes ini dapat dikurangan di negara ini.
Berita ini menceritakan tentang Jabatan Imigresen Malaysia yang berhempas pulas menangani masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) dengan melancarkan pelbagai operasi. Sejak Januari 2023 sahaja hampir 600 pati ditahan di Semenanjung Malaysia. Ia amat membimbangkan kerana kehadiran PATI khususnya untuk memenuhi kehendak sektor-sektor tertentu seperti tujuan buruh perladangan dan pembinaan.
Antara eksploitasi manusia yang terkenal di malaysia ialah eksploitasi manusia PATI iaitu pendatang asing tanpa izin yang datang di negara Malaysia secara tidak sah dan haram dengan cara memasuki negara di sempadan Malaysia melalu seludupan kapal dan lain-lain. Perbuatan ini berlaku kerana bertujuan untuk memenuhi kehendak sektor-sektor tertentu seperti buruh perladangan dan pembinaan. Seperti yang kita boleh lihat pada hari ini, ramai PATI yang bekerja di tapak pembinaan, bekerja di sektor perniagaan yang tidak sah dan lain-lain. Oleh itu, pihak berkuasa haruslah mengambil tindakan terhadap PATI yang menetap di negara Malaysia ini dengan tidak sah supaya ia tidak mendatangkan keburukan terhadap warga Malaysia dari segi keselamatan dan peluang kerja.
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri Fauzi Md Isa, berkata menurut data terkini, dilaporkan kes melonjak mendadak berbanding tahun sebelumnya.“Kita melihat trend meningkat dalam kes pemerdagangan manusia dengan 115 kes dilaporkan pada 2021, berbanding 17 pada 2008,” katanya dalam forum mendidik guru terlatih mengenal pasti dan mencegah kes pemerdagangan manusia.
"Malaysia kekal tahap 3 dalam laporan pemerdangangan manusia"
ANTARA warga asing yang ditahan dalam operasi Bahagian (D3) Pencegahan Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM menerusi Op Pintas di perairan berhampiran Pantai Sungai Besar di Sabak Bernam, Selangor
Malaysia dilaporkan kekal berada pada tahap tiga (Tier 3) dalam Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) Mengenai Pemerdangan Orang.Laporan itu mendedahkan kerajaan gagal mencapai piawaian minimum terhadap usaha menghapuskan pemerdagangan manusia.-ujar pemerhati dari US (2017)
Walaupun Malaysia telah mengambil beberapa langkah percengahan tetapi masih tidak mencukupi untuk membendung sindiket dan kes pemerdangan manusia di negara kita . dengan itu beberapa agensi kerajaan telah bekerjasama untuk membanteras kes ini dan berharap negara kita akan bebas dari aktiviti eksploitasi/pemerdagangan ini suatu hari nanti.
Cara mengatasi eksplotasi manusia
-Pihak Kerajaan
Pihak kerajaan haruslah memperkuatkuasakan undang-undang berkaitan eksploitasi manusia yang berlaku di Malaysia
-Pihak Berkuasa
Pihak berkuasa hendaklah mengehadkan kuota buruh asing supaya negara Malaysia tidak dibanjiri PATI yang mendatangkan keburukan di Malaysia
-Pihak Sekolah
Pihak sekolah wajarlah memberi pendidikan tentang bahayanya eksploitasi manusia pada generasi muda agar setiap masyarakat mempunyai pengetahuan dan membanteras mana-mana eksploitasi manusia yang berlaku di Malaysia
Sumber rujukan/berita ;
1. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ibu-kandung-bapa-tiri-didakwa-eksploitasi-seks-anak-perempuan-oku-411792
2. https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/10/1016072/polis-selamatkan-5-wanita-mangsa-pemerdagangan-manusia-untuk-eksploitasi
3. https://www.sinarharian.com.my/article/146943/khas/pendapat/implikasi-kemasukan-pati
4. https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/08/10/kes-pemerdagangan-manusia-meningkat-pakar-mahu-malaysia-lebih-bertindak/
5. https://www.utusan.com.my/berita/2022/07/malaysia-kekal-tahap-3-dalam-laporan-pemerdagangan-manusia/
✍️
ReplyDelete