Penyalahgunaan Dadah
Apa itu penyalahgunaan dadah?
Penyalahgunaan dadah bermaksud menggunakan bahan yang boleh menjadikan ketagih secara berlebihan atau untuk tujuan lain selain daripada tujuan sebenarnya. Ia merangkumi alkohol, tembakau kokain, marijuana (ganja), dadah-dadah perangsang, LSD dan inhalan (bahan yang disedut). Ia secara tidak langsung mendatangkan keburukkan kepada manusia dari segi fizikal dan mental.
Contoh-contoh kes jenayah penyalahgunaan dadah di Malaysia
Berita ini menceritakan tentang tangkapan polis terhadap 50 orang diantara Januari hingga Oktober yang membabitkan remaja dengan penyalahgunaan dadah. 25 orang berkenaan terbabit dengan syabu malah 17 orang terbabit dengan ganja, 6 orang terbabit dengan air ketum dan 2 orang terbabit dengan heroin. Tangkapan tersebut berdasarkan maklumat serta risikan dan remaja yang terbabit ditahan di luar kawasan sekolah.
Sudah jelas bahawa penyalahgunaan dadah berlaku dalam semua kalangan umur tidak kira muda mahupun tua, bersekolah ataupun sedang berkerja. Penyalahgunaan dadah ini berlaku akibat terpengaruh daripada kawasan sekeliling ataupun daripada rakan sebaya. Oleh itu, kita hendaklah berwaspada dengan tempat sekeliling serta apabila berkawan dengan rakan sekolah atau rakan sekerja. Terjebak dengan penyalahgunaan dadah pada usia muda akan membawa diri kepada kemungkaran serta kejahatan yang bakal merosakkan diri pada masa hadapan.
Berita ini menceritakan tentang tiga lelaki berdepan hukuman mati selepas didakwa oleh mahkamah atas pertuduhan mengedar dadah jenis Herdin di Rembau pada 21 Ogos 2022. Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh mengedar dadah dan didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Bukit Falor, Felda Bukit Jalor, Gemenceh, Tampin pada 10 Ogos 2022
Penyalahgunaan dadah juga mampu menyebabkan kita berdepan dengan hukuman mati. Tidak kira jika kita yang melakukan penyalahgunaan dadah atau kita yang mengedarkan dadah tersebut. Hukuman mati adalah hukuman yang paling berat yang diberikan kepada individu yang menyalahgunakan dadah. Oleh itu, jauhilah dadah agar kita terhindar daripada perbuatan keji dan keburukan yang datang daripada perbuatan tersebut. Ia bukan sahaja merosakkan diri malah menghancurkan hubungan antara keluarga, tempat kerja, masyarakat sekeliling dan maruah negara.
"Jiwa muda rapuh terjebak dadah"
Berita ini menceritakan tentang bagaimana individu dari kalangan muda mudah terjebak dengan penyalahgunaan dadah atas faktor-faktor tertentu tanpa memikirkan akibat daripada perbuatan penyalahgunaan dadah. Pengakhirannya, majoriti remaja dalam usia muda hidup dengan penuh masalah, halangan, trauma dan sebagainya hasil daripada penyalahgunaan dadah.
Ramai individu dari kalangan muda yang tersilap langkah dengan menggunakan dadah atas sebab tekanan, masalah pelajaran dan lain-lain. Akibatnya, kehidupan mereka pada masa yang akan datang menjadi kucar-kacir sehingga ada segelintir yang bertindak untuk membunuh diri sendiri. Oleh itu, seberat mana pun masalah hidup yang dilalui, kita haruslah menjauhi dadah kerana tiada satu kebaikan yang datang hasil daripada penyalahgunaan dadah tersebut.
"Remaja perempuan 13, 14 tahun antara 607 ditahan kes dadah"
Berita ini menceritakan tentang Op Jihad Dadah 2.0 yang dilaksanakan di seluruh negeri Terengganu. Op Jihad Dadah 2.0 tersebut berhasil menahan 607 orang dimana terdapat dua remaja perempuan yang berusia 13 hingga 14 tahun yang didapati juga terbabit dengan penyalahgunaan dadah. Daripada jumlah keseluruhan, 64 adalah pengedar dan 11 suspek disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Penyalahgunaan dadah juga berlaku kepada semua individu tidak kira wanita mahupun lelaki. Seperti berita diatas, perempuan yang ditahan adalah berumur dalam 13-14 tahun yang masih dikira sebagai kanak-kanak bawah umur dan masih bersekolah. Kita sebagai masyarakat yang membimbing dan mengajar kanak-kanak muda gagal untuk membanteras jenayah dadah di semua usia umur. Oleh itu, semua pihak termasuklah kerajaan, ibu bapa, guru dan sebagainya harus bekerjasama dan melaksanakan pelabagai program dan aktiviti tentang bahayanya penyalahgunaan dadah supaya negara sentiasa aman dan makmur serta bebas dalam penyalahgunaan dadah.
Berita ini menceritakan tentang bagaimana agama, institusi keluarga dapat menangani isu salah guna dadah. Ia menyatakan bahawa antara faktor-faktor individu melakukan penyalahgunaan dadah adalah kerana kurangnya ilmu agama dalam diri seseorang serta hubungan keluarga yang hancur yang membawa seseorang itu jurang penyalahgunaan dadah.
Terdapat pelbagai faktor mengapa berlakunya penyalahgunaan dadah, antaranya ialah kurangnya ilmu agama dan hubungan keluarga yang hancur dan lain-lain. Untuk membanteras segala jenayah penyalahgunaan dadah, kita harus mempraktikkan kehidupan yang normal contohnya seperti berita di atas. Memperkasakan agama, institusi keluarga dapat mengurangkan berlakunya penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, pihak kerajaan serta masyarakat hendaklah berganding bahu secara bersama-sama dalam usaha membasmi jenayah penyalahgunaan dadah bagi memastikan negara aman daripada dihancurkan oleh penyalahgunaan dadah pada masa akan datang.
Cara mengatasi jenayah dadah
-Pihak Kerajaan
Pihak kerajaan hendaklah memperkuatkuasakan undang-undang serta memberikan hukuman berat seperti hukuman mati (gantung) terhadap pesalah yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah.
-Pihak Berkuasa
Pihak berkuasa haruslah melaksanakan kempen kesedaran tentang bahayanya dadah agar masyarakat sekeliling peka dengan jenayah dadah.
-Ibu bapa
Ibu bapa wajarlah mendidik anak-anak tentang najis dadah agar anak-anak terhindar daripada najis dadah dari usia muda dan berpengetahuan tentang bahayanya dadah.
"DADAH MEMBAWA PADAH"
Sumber rujukan / berita :
1. (https://www.bharian.com.my/amp/berita/kes/2022/08/989115/tiga-sahabat-berdepan-hukuman-mati)
2. (https://www.bharian.com.my/amp/berita/kes/2017/11/353959/remaja-ditahan-kes-dadah-di-selangor)
3. (https://www.sinarharian.com.my/article/142431/berita/semasa/jiwa-muda-rapuh-terjebak-dadah)
4. (https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/11/887284/remaja-perempuan-13-14-tahun-antara-607-ditahan-kes-dadah)
5. (https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2022/01/914343/perkasa-agama-institusi-keluarga-tangani-isu-salah-guna-dadah)
Comments
Post a Comment