Ancaman Pengganas

 


Apa itu ancaman pengganas?

Ancaman pengganas bermaksud sesuatu pihak atau individu yang mengancam dengan menggunakan keganasan atas sebab-sebab tertentu yang mengakibatkan satu pihak yang lain di ancam dan berada dalam situasi yang bahaya yang mampu menyebabkan kecedaraan fizikal. Sebagai contoh peristiwa Lahad Datu dimana ramai perwira Malaysia yang gugur kerana mempertahankan kedaulatan negara daripada dicerobohi Pengganas Sulu pada 2013.


Contoh-contoh kes jenayah ancaman pengganas di Malaysia

"Peristiwa Lahad Datu sejarah hitam Malaysia"

Berita tersebut menceritakan tentang tragedi pencerobohan yang berlaku di negara Malaysia dimana insiden diplomatik berlaku antara Malaysia dan Filipina sejurus selepas 235 pengganas Filipina sebahagiannya bersenjata mendarat di Kampung Tanduo di Lahad Datu,Sabah pada 11 Februari 2013 yang menceroboh masuk negeri Sabah dengan alasan ingin menuntut Sabah sebagai wilayah Kesultanan Sulu.


Ancaman pengganas adalah antara kes jenayah yang terbesar tahap tertinggi selepas Peristiwa Konfrontasi 1963 di negara Malaysia. Jelaslah bahawa ancaman pengganas ini membawa keburukan serta kehancuran kepada masyarakat yang menetap di negara Malaysia. Oleh itu, pihak berkuasa wajarlah mengatur strategi dan mengawal keselamatan di negara Malaysia supaya peristiwa seperti yang berikut tidak berlaku semula di negara ini.


"Malaysia tidak terkecuali dari ancaman pengganas dan senjata kimia"

Berita tersebut menceritakan tentang Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman yang menegaskan bahawa Malaysia tidak terlepas dari ancaman pengganas dan senjata kimia. Menurut beliau, konsep peperangan masa kini tidak hanya melibatkan peperangan konvensional malah penggunaan agen kimia, biologi, radiasi dan nuklear sebagai senjata semakin meluas.

Ancaman pengganas bukan sahaja membawa kerosakkan malah membawa kebimbangan terhadap mangsa. Ia bakal meruntuhkan kedaulatan serta keamanan negara yang mampu menjadi punca berlakunya peperangan antara negara akibat daripada perbuatan ancaman pengganas tersebut. Oleh itu, kerajaan haruslah mengambil berat tentang kes-kes ancaman pengganas yang berlaku di sekitar Malaysia dengan melaksanankan pelbagai operasi serta mengambil tindakan yang sepatutnya agar masyarakat yang menetap di negara Malaysia dapat hidup dengan aman dan harmoni.





"17 Pengganas rancang keganasan yang menakutkan di Malaysia"

Berita tersebut menceritakan tentang menculik orang kenamaan, serang lokasi strategik dan seterusnya tubuh rejim IS di Malaysia. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata sasaran serangan ialah di lokasi-lokasi strategik di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

     Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Khalid berkata anggota sel ini juga merancang untuk merompak bank bagi mendapatkan dana dan merompak kem tentera dan balai polis bagi mendapatkan senjata api. Mereka juga telah merancang mendapatkan bekalan dari sebuah kumpulan pengganas yang bergerak di negara jiran. Oleh itu, pihak atasan perlu menguatkuasakan undang-undang supaya rakyat dapat melangsungkan kehidupan yang baik tanpa ancaman yang mendatang.




“Bicara kes lelaki ke Syria jadi pengganas tangguh”

Berita tersebut menceritakan tentang perbicaraan kes seorang lelaki yang didakwa atas pertuduhan ke Syria untuk melakukan perbuatan pengganas yang ditangguh. Ia berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.


  Pada 3 Julai lalu, Ahmad Naim Zaid, 35, pemegang ijazah sarjana dari sebuah universiti awam mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah atas pertuduhan ke Syria dari Malaysia untuk melakukan perbuatan pengganas. Tertuduh dipercayai ditangkap selepas pulang dari Syria. Oleh itu, pihak kerajaan hendaklah adil dalam pengadilan seseorang yang tertuduh.



“Pembunuhan beramai-ramai di batang kali”

Berita tersebut menceritakan tentang tragedi batang kali 1948 yang berlaku pada 12 Disember 1948. Ini adalah sebuah cerita pembunuhan beramai-ramai penduduk keturunan Cina di sebuah ladang getah oleh tentera British sebelum tentera penjajah itu membakar kampung mereka.24 orang penduduk yang tidak bersenjata dan tidak bersalah telah dibunuh.


  Penduduk perkampungan itu telah dituduh sebagai komunis.Dalam kejadian itu,seorang mangsa berjaya menyelamatkan diri. Selain itu, isteri dan anak mangsa melihat sendiri kejadian kejam itu dilakukan di depan mata mereka.Istilah pembunuhan kejam digunakan kerana siasatan mendapati tindakan Platun ke-7, G Company adalah silap, mereka yang dibunuh bukan anggota komunis seperti yang didakwa.Oleh itu, pihak kerajaan mestilah peka di atas sesuatu perintah yang diberikan kepada bawahannya supaya tidak berlaku kesalahan terhadap orang yang tidak bersalah.



Cara mengatasi ancaman pengganas yang berlaku di Malaysia

-Pihak Kerajaan
Pihak kerajaan haruslah bersedia dengan apa-apa ancaman pengganas yang berlaku di Malaysia dengan menyediakan pelbagai kemudahan bagi Angkatan Tentera Malaysia.

-Pihak Berkuasa
Pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang mengancam keamanan Malaysia serta melaksanakan operasi bagi melindungi negara daripada terancam oleh pengganas.

-Pihak Sekolah
Pihak sekolah wajarlah memberi pendidikan awal terhadap ancaman pengganas supaya kanak-kanak mempunyai pengetahuan am dan melaksanakan program seni bela diri agar kanak-kanak dapat mempertahankan diri jika berlaku sesuatu ancaman.





Sumber rujukan/berita:

1.Sumber berita : (https://www.sinarharian.com.my/article/102150/berita/nasional/peristiwa-lahad-datu-sejarah-hitam-malaysia)

2.Sumber berita : (https://www.airtimes.my/2022/03/24/21ggk-12rajd-cbrne-tentera-darat-malaysia/).

3.Sumber berita: (https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/04/07/percaturan-menakutkan)

4.Sumber berita: (https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/10/630950/bicara-kes-lelaki-ke-syria-jadi-pengganas-tangguh)

5.Sumber berita: (https://malay.wiki/content/Tragedi%20Batang%20Kali%201948/Laman_Utama.html)

Comments